NAMA : MOHAMAD HAZIQ AKMAL BIN M NAZRI
UMUR : 17 TAHUN
AHLI : 2022

 

Latar belakang 

Saya Mohamad Haziq Akmal,17 tahun datang ke NADI Felda Air Tawar 1 untuk membuat tugasan kursus untuk mata pelajaran sejarah. Hal ini kerana, saya sedar bahawa penggunaan komputer saya sangat lemah. Tambahan, banyak tugasan sekolah memerlukan taip di komputer. Ini adalah sebagai persediaan saya untuk ke sekolah menengah tidak lama lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya hanya mengetahui taip tanpa mengetahui fungsi-fungsi komputer terutamanya penggunaan Microsoft Office. Kebiasanya, saya menggunakan komputer untuk melayari Facebook dan games.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Saya semakin mahir menggunakan komputer terutama fungsi-fungsi keyboard dan mouse .

NAMA : NORMALA BINTI ABU SAMAH
UMUR : 41 TAHUN
AHLI : 2022

Latar belakang

Puan Normala merupakan surirumah sepenuh masa yang memulakan hobi meliau dengan mengubah. Dengan hobinya itu, beliau telah memulakan perniagaan dengan menghasilkan bouquet dirumah. Beliau mendapat tempahan bouquet untuk pelbagai hari keramaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama dalam mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan PEDi . Pendapatan saya hanya sekitar RM 50 – RM 200 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di PEDi dan Rakan Digital, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 300 – RM 800 sebulan.

NAMA : SITI NURHAJARWANI ABD AZIZ
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2019

Latar belakang

Merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam aktiviti komuniti dan menjadi stokis untuk produk kecantikan iaitu Masker Scrub

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan hanya rakan rapat dan komuniti setempat sahaja yang mengenali perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT terutamanya dalam penggunaan Facebook dan Whatsapp telah meningkatkan lagi perniagaan Masker Scrub dan produk-produk lain. Malah ia semakin meluas apabila beliau menggunakan aplikasi Shopee untuk memajukan perniagaanya.

NAMA : NURUL SYAZWANI BINTI MOHD NAJIB
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2021

 

Latar belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah yang ingin mendalami kemahiran komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir menggunakan komputer dan kurang pengetahuan tentang Microsoft Office serta fungsinya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutama dalam penggunaan Words, semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, beliau juga boleh menguasai fungsi fungsi Microsoft office

NAMA : NUR AZIZAH
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : MAC 2015

Latar belakang

Menjalankan perniagaan makanan panas dirumah. Pada mulanya beliau hanya suka-suka sahaja menjalankan perniagaan ini tetapi ia menjadi pendapatan sampingan suami isteri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan makananya hanya diketahui oleh jiran-jiran dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun perniagaan masakan panasnya dijalankan dirumah sahaja, namun sambutan perniagaannya semakin meningkat. Beliau telah meluaskan pengambilan tempahan disekitar kawasan Gugusan Felda Air Tawar . Perkhidmatan penghantaran juga disediakan.