Latar Belakang

Merupakan peniaga muda yang mula bergiat aktif dalam perniagaan kecil iaitu dropship minyak wangi sejak tahun 2016

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Malah perniagaan minya wanginya tidak diketahui oleh ramai orang. Perniagaan hanya diketahui oleh rakan-rakan rapat dan jiran-jiran sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Jika dahulu hanya menjual minyak dikalangan rakan rapat, kini perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi di Media Sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak tahu cara yang betul menggunakan fungsi komputer dan Microsoft Office

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan komputer dengan baik dan mahir menggunakan Microsoft Office terutamanya dalam penggunaan Word. Beliau semakin pantas menaip dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu, beliau juga sudah tahu menghasilkan resume untuk kegunaan memohon pekerjaan.

 

NAMA : NURUL SYAZWINA BINTI KHARYUS SHAKIRIN
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : NOVEMBER 2018

 

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Tidak tahu dan tidak mahir menggunakan Microsoft Office

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutama dalam penggunaan Words, semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, beliau juga sudah tahu membuat resume serta surat rasmi untuk kegunaan permohonan pekerjaan. 

 

NAMA : SITI MUNIRAH BT KHAIRUL ASHFAR
UMUR : 22 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar Belakang

Merupakan peniaga muda yang mula bergiat aktif dalam perniagaan kuih raya sejak tahun 2017.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit dan perlahan. Beliau menjual kuih raya pada bulan ramadhan serta memhasilkan roti homemade pada hari biasa. Tetapi tidak ramai yang mengetahui perniagaan rotinya. Perniagaan hanya diketahui oleh rakan-rakan rapat dan jiran tertangga sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas. Jika dahulu hanya menjual Roti Homemade dikalangan rakan-rakan rapat dan rumah ke rumah, kini perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi di Media Sosial.