NAMA : NOOR SYAFIENA BT SUNARTO
UMUR : 20 TAHUN
AHLI : 2018

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin tingkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan Microsoft Office

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak tahu menggunakan komputer serta fungsinya dan tidak mahir menggunakan Microsoft Word.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutama dalam penggunaan Words, semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, beliau juga boleh menggunakan email dengan baik.

NAMA : SUHAILA BINTI AHMAD
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2018

Latar Belakang

Merupakan peniaga yang berniaga secara dropship secara kecik-kecilan dengan berniaga di laman sosial dan di pasar malam.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit kerana tidak mahir dalam mempromosikan perniagaan dimedia sosial. Beliau menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti popia simpul, cornflakes sira, popcorn dan pisang salai.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan beliau secara meluas. Kini perniagaannya mendapat tumpuan orang ramai terhadap produk jualannya. Tamabahan lagi, beliau kerap membuat promosi di media sosial seperti Facebook dan group niaga di Whatsapp. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya secara percuma.

NAMA : NOR ANNISHA BINTI MAHAT
UMUR : 42 TAHUN
AHLI : 2017

Latar Belakang

Merupakan peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan bermula dengan kedai kecil di hadapan rumah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit kerana tidak mahir dalam mempromosikan perniagaan dimedia sosial. Beliau menjual pelbagai jenis makanan seperti Air Jagung, Jagung Cheese, Cheesy Wedges dan sebagainya. Tetapi kurang mendapat sambutan dari penduduk sekitar. Perniagaannya hanya diketahui oleh jira-jiran sekitarnya.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan secara meluas kerana beliau kerap mempromosikan perniagaan beliau di facebook dan group niaga diwhatsapp. Beliau juga menyediakan penghantaran makanan (COD) kepada pelanggan-pelanggannya.

NAMA : SUHADA BINTI PANI
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2015

Latar Belakang

Merupakan peniagaan dropship yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan  sejak tahun 2017. Beliau menjalankan perniagaan secara dalam talian.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Perniagaan agak perlahan malah ramai yang kurang mengetahui perniagaan itu kerana kurang membuat promosi.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Perniagaannya telah menjadi tumpuan terutamanya golongan wanita. Kini perniagaannya semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi di media sosial seperti Facebook dan group whatsapp perniagaan.

NAMA : SITI NURAZIRA BINTI TALIB
UMUR : 43 TAHUN
AHLI : 2010

Latar Belakang

Merupakan peniaga Topup Prepaid yang telah bertapak sejak tahun 2012. Premis perniagaan beliau juga terdapat perkhidmatan fotostat serta menjual peralatan telefon bimbit.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Malah ramai yang kurang mengetahui perniagaannya itu kerana premis perniagaannya agak terpencil.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas. Perniagaannya telah menjadi tumpuan utama penduduk kampung untuk menilai tambah prepaid. Kini perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi/ iklan di media sosial seperti facebook dan group perniagaan whatsapp.