NAMA : SITI AMANAH BINTI SIDEK (KEREPEK UMMI)
UMUR : 55 TAHUN
AHLI : -

Latar Belakang

Memulakan perniagaan sejak awal tahun 1980an sehingga kini. Pada mulanya sekadar minat dan mencuba sahaja tetapi sudah menjadi perniagaan keluarga turun temurun.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Tiada asas penggunaan ICT serta kurang promosi perniagaannya

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Lebih mengetahui menggunakan komputer dengan lebih baik. Malah, telah menggunakan media sosial untuk mempromosikan kerepeknya.

NAMA : RABIATUL ADAWIYAH
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2014

Latar Belakang

Merupakan anak kepada usahawan IKS (perniagaan kerepek). Beliau sering membantu ibunya dalam menghasilkan kerepek di kampung Felda Air Tawar 1 iaitu Perusahaan Ummi. Kemudian Beliau menghadiri kelas membuat kek dan mula beniaga kek secara kecil-kecilan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit, tempahan kek juga tidak mendapat sambutan berikutan kekurangan promosi dan lokasi yang tidak sesuai.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas. Jika dahulu hanya di sekitar gugusan Air Tawar, kini perniagaan berkembang ke seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak PI Felda Air Tawar 1 turut membantu mempromosikan perniagaan dan membuka peluang kepada pihak kami untuk mengadakan kelas latihan usahawan (membuat kek) di premis PI.

NAMA : SITI JUNAINA BINTI JAMARI
UMUR : 32 TAHUN
AHLI : 2014

Latar Belakang

Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan menghasilkan pepes sahaja. Sehingga kini, beliau telah pun memperbagaikan jenis produk dan mempunyai 15 orang pekerja. Beliau telah menjalankan operasi kilangnya pada pertengahan tahun 2017.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi syarikat hanya melalui flyers dan orang perseorangan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Dengan penghasilan video syarikat, sekaligus mempromosikan lagi produk syarikat dengan lebih meluas.

 

 

NAMA       : NURATIKA NATASHA MOHD SALLEH
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : SEPTEMBER 2018

Latar Belakang

Natasha merupakan anak sulung dan baru sahaja tamat Tingkatan 5. Beliau membantu ibunya berniaga secara kecil-kecilan di rumah.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Natasha tidak tahu menggunakan serta mengendalikan komputer secara betul dan efektif.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Natasha diajar dan dibimbing cara-cara menggunakan komputer dengan betul mengikut peringkat umurnya. Beliau seorang yang mudah belajar. Jadi, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menguasai Microsoft Office ini. Malah, Natasha juga diajar untuk membuat resume sebagai persediaan dalam bidang pekerjaan kelak.

NAMA : SITI AISHAH BT MOHD SALLEH
UMUR : 32 TAHUN
AHLI : 16/1/2012

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang guru tadika swasta. Beliau berniaga produk makanan kering berbentuk kekacang sebagai punca pendapatan sampingan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak kurang. mendapat sambutan. Hal ini kerana, beliau kurang pendedahan dengan penggunaan media sosial seperti facebook.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula memasarkan perniagaan makanan ringannya di lama sosial sekaligus membantu menjana ekonomi beliau. Jika dahulu hanya di sekitar gugusan Air Tawar 1, kini perniagaan berkembang  ke seluruh daerah Kota Tinggi.